Berita

Kerajaan laksana kajian laluan baharu Seremban – Kuala Pilah

SEREMBAN: Kementerian Kerja Raya sedang melaksanakan Kajian Laluan Alternatif Jalan Seremban – Kuala Pilah (FT051) dan dijangka akan berakhir pada 26 Julai 2023,” kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata,

“Kerajaan Negeri melalui JKR Negeri Sembilan telah pun mengangkat permohonan projek membina jalan baharu dari Ulu Bendul Ke Juasseh, Kuala Pilah di bawah RMK-12, RP4 ke Kementerian Kerja Raya pada 27 Februari 2023 bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan ini,” katanya di Persidangan Kelima Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Isnin.

Terlebih dahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting, YB Dato’ Shamsulkahar Mohd Deli telah mengemuka soalan berhubung jalan penyelesaian kesesakan jalan Seremban – Kuala Pilah.

Show More

Related Articles

Back to top button