BeritaMenarikProgram

RM1.24 juta, pesakit Ortopedik dibantu Kerajaan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan membantu pesakit Ortopedik yang kurang berkemampuan bagi menjalani pembedahan implan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, daripada tahun 2020 sehingga April 2023, sebanyak RM1.24 juta telah digunakan untuk bantuan implan Ortopedik yang telah memberi manfaat kepada 210 orang pesakit.

“Untuk makluman juga, sebanyak RM740,000 telah diperuntukkan sejak tiga tahun yang lalu sebagai bantuan rawatan fistula untuk pesakit buah pinggang yang perlu menjalani rawatan dialisis di Hospital Mawar, NS Chinese Maternity Hospital dan Hospital Az-Zahra Bangi,” katanya.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren di Persidangan Kelima Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Isnin.

Show More

Related Articles

Back to top button