Berita

Silat warisan kebudayaan yang perlu dipelihara: Mustapha

JEMPOL: Semua pihak perlu berganding bahu dan bersama-sama membangunkan seni mempertahankan diri silat.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berkata, ini adalah kerana silat merupakan warisan kebudayaan kita yang perlu dipelihara.

“Ia bukanlah hanya sekadar sukan, tetapi suatu kemahiran seni mempertahankan diri yang perlu diwarisi oleh generasi muda,” kata Mustapha.

Mustapha berkata demikian di Majlis Penyampaian Bengkong Tahun 2023 Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Daerah Jempol.

Majlis yang diadakan di Kompleks Rakan Muda Jempol itu melibatkan seramai 223 orang pesilat menerima bengkong dari 14 peringkat bengkong dan seramai 54 orang pesilat menerima anugerah dari keseluruhan tujuh kategori anugerah.

Tujuh anugerah yang diberikan adalah:

– Anugerah Silat Terbaik Mengikut Gelanggang

– Anugerah Khas Pencapaian

– Anugerah Gurulatih Harapan 2023

– Anugerah Pembantu Gurulatih Harapan 2023

– Anugerah Pesilat Kanak-Kanak Harapan 2023

– Anugerah Gurulatih Kreatif 2023

– Anugerah Gurulatih Terbaik 2023

 

Show More

Related Articles

Back to top button