Berita

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah penghargaan kepada golongan hawa

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diwujudkan oleh PERKESO merupakan penghargaan kepada golongan hawa.

“Skim ini memberikan perlindungan kepada suri rumah sewaktu melaksanakan aktiviti berkaitan rumah tangga sama ada dalam rumah atau di luar.

“Sehingga 1 Disember lalu, seramai 8,129 orang suri rumah di Negeri Sembilan telah mencarum.

“Oleh itu, program penerangan sebegini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat setempat terhadap kepentingan perlindungan keselamatan sosial.

“Besar juga harapan saya agar agensi berkaitan dapat membantu meningkatkan kesedaran inisiatif ini seterusnya meningkatkan jumlah pencarum di Negeri Sembilan, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button