Menarik

Skuad KeADILan Negeri Sembilan santuni 40 keluarga miskin tegar

SEREMBAN: Skuad KeADILan Negeri Sembilan menyantuni 40 keluarga miskin tegar di sekitar Rahang, Ampangan dan Rasah.

Ketua Skuad KeADILan Negeri Sembilan, Saudara Gary Muthu berkata, beliau dan beberapa rakan Skuad KeADILan Negeri sembilan telah melawat serta membantu meringankan beban kewangan 40 keluarga miskin tegar di sekitar Seremban tanpa mengira bangsa dan agama.

“Seperti kebiasaan kami menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur.

“Kami juga memberi alat permainan kepada lebih 40 orang kanak kanak, hasil sumbangan dari seorang penderma yang menderma kereta permainan Hot Wheels.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menyalurkan bantuan ini,” kata Gary.

Menurutu Gary, usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa.

Show More

Related Articles

Back to top button