Menarik

AMK Negeri Sembilan santuni golongan memerlukan di DUN Rantau

RANTAU: Kesan dari pandemik Covid-19, rakyat menghadapi pelbagai rintangan dalam meneruskan kehidupan harian. Ada di antara mereka yang terpaksa berhutang dalam memenuhi keperluan sekeluarga.

Justeru, Naib Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Sembilan, Saudara S.Sugumaran mengambil iniasitif dalam meneruskan program ‘Food Bank’ berupa barangan keperluan dapur kepada penduduk sekitar DUN Rantau.

“Program ‘Food Bank’ ini dimulakan pada bulan Februari 2021. Beberapa MPKK telah dikenalpasti untuk mengagihkan pek barangan keperluan ini kepada golongan yang memerlukan.

“Meneruskan usaha murni ini, MPKK Kampung Bemban telah menerima 10 set barangan keperluan dapur untuk diagihkan kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Usaha ini diharapkan, serba sedikit boleh mengurangkan beban kewangan mereka,” kata Sugumaran.

Hadir sama Pengerusi MPKK Kampung Bemban, Encik Zainal Abidin yang menerima sumbangan Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan ini.

“Saya mohon kerjasama serta sumbangan dari orang ramai dalam meneruskan usaha ini,” ujar Sugumaran.

Show More

Related Articles

Back to top button