Menarik

Cha kesal Jabatan Alam Sekitar Putrajaya ‘beri laluan’ bagi pembinaan insinerator

RASAH: Ahli Parlimen Rasah menyatakan kekesalan apabila Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya, seolah-olah ‘memberi laluan’ kepada sebuah syarikat swasta untuk membina sebuah insinerator di Bandar Baru Sendayan, Negeri Sembilan.

“Surat dari Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya bertarikh 20 Oktober 2020 meminta syarikat berkenaan, supaya menyediakan EIA Report dengan mematuhi beberapa syarat.

“Surat ini ‘membuka satu laluan’ untuk syarikat ini dengan menggunakan EIA Report dan seterusnya bagi tujuan terakhir iaitu pembinaan insinerator.

“Untuk rekod Majlis Bandaraya Seremban tidak dimaklumkan berhubung cadangan pembinaan insinerator ini dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan juga tidak menyokong projek ini,” kata Cha dalam sidang media di pejabatnya.

Justeru, Cha meminta penduduk di sekitar Bandar Baru Sendayan dan masyarakat yang tinggal di radius 20 kilometer dari Bandar Baru Sendayan menyatakan bantahan kepada projek insinerator ini.

Show More

Related Articles

Back to top button