Berita
SMK Taman Tuanku Jaafar terima sumbangan kewangan dari Taufek
PAROI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani telah memberi sumbangan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar.
Mohamad Taufek berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti pelajar.
“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun kerana telah meluluskan peruntukan tersebut.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat digunakan sebaik mungkin bagi membantu pelajar di sekolah ini,” kata Mohamad Taufek.