Program

SPM: Cha ucap selamat maju jaya kepada calon SPM

Saya mengucapkan semoga berjaya dan selamat maju jaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan SPM mulai 22 Feb 2021. Ia adalah SPM 2020 yang terpaksa ditangguhkan dua kali sebelum ini kerana pandemik Covid-19.

Semoga semua calon SPM kita tetap tabah dan tenang dalam mengharungi cabaran yang tidak pernah berlaku selama ini. Penantian yang berpanjangan dan diselubungi pelbagai situasi tidak menentu amat mencabar kecekalan dan stamina calon kita.

Seperti mana yang kita sedia maklum, SPM merupakan peperiksaan awam yang sangat mustahak, di mana ia berperanan mencorakkan masa depan calon yang terbabit. Jadi, ia memerlukan tumpuan khusus yang sepenuhnya daripada para calon SPM.

Keadaan menjadi lebih mencabar dengan keperluan untuk mematuhi semua SOP di dewan peperiksaan agar calon sentiasa dalam keadaan sihat dan terhindar daripada penularan Covid-19. Kebimbangan boleh dijangkakan kerana kes positif harian masih tinggi dengan banyak kluster di seluruh negara.

Semoga semua calon SPM kita sentiasa cekal, tabah, tenang dan sihat ketika mengambil peperiksaan SPM. Selamat Maju Jaya.

YB Cha Kee Chin
Ahli Parlimen Rasah,
Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Setiausaha DAP Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button