Program

Masyarakat Malaysia semakin gemuk

Satu daripada dua dewasa Malaysia adalah berlebihan berat badan dan obes.

Laporan NHMS 2023 menunjukkan prevalen obesiti dan berat badan berlebihan terus meningkat daripada 50.1 peratus 2019 kepada 54.4 peratus pada tahun 2023.

Obes dan berlebihan berat badan adalah faktor risiko kepada diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan sakit jantung.

BBertindak sekarang, obesiti bukan suatu kebiasaan.

Makan secara sihat, bergerak secara aktif, jauhi rokok dan alkohol.

Dalam pada itu, kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes.

Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramatang (premature death) semasa dewasa disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan obesiti seperti diabetes, hipertensi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular.

Obesiti kanak-kanak ini boleh diatasi bermula dari keluarga di rumah.

Wujudkan persekitaran yang sihat dan berikan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak bagi mengelakkan faktor obesogenik.

Show More

Related Articles

Back to top button