Berita

Aminuddin umum ‘Duit Raya’ RM500 kepada pengerusi JPKK

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mengumumkan sumbangan kewangan kepada pengerusi, setiausaha dan bendahari Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Kerajaan Negeri bersetuju menyumbang RM500 kepada pengerusi JPKK, RM300 kepada setiausaha JPKK dan RM200 kepada bendahari JPKK.

“Pengerusi, setiausaha dan bendahari JPKK yang akan mendapat sumbangan kewangan ini melibatkan 434 JPKK di seluruh Negeri Sembilan.

“Sumbangan Kewangan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM434,000 dan diharapkan sumbangan ini menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini buat penerima dan keluarga masing-masing,” kata Aminuddin.

Aminuddin mengumumkan demikian semasa Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

 

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button