Berita
Negeri Sembilan sumbang RM5.15 juta kepada 1,510 masjid dan surau sempena Ramadan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun mengumumkan berkata, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah memperuntukkan RM5.15 juta kepada 1,510 buah masjid dan surau di negeri ini sempena sambutan bulan Ramadan.
“Setiap masjid akan menerima sumbangan kewangan RM5,000 dan secara keseluruhannya 311 buah masjid akan menerima sejumlah RM1.56 juta
“Manakala setiap surau daripada sejumlah 1,199 surau akan menerima RM3,000.
“Ini bermakna sebanyak RM3.60 juta diperuntukkan untuk 1,199 surau.
“Sumbangan kewangan ini diberikan bagi membantu pengurusan masjid dan surau mengadakan aktiviti semasa bulan Ramadan,” kata Aminuddin.