Program

Suami isteri hilang punca pendapatan dapat perhatian Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Sepasang suami isteri yang kehilangan punca pendapatan mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, Puan Poovanesvari terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga suami dan ibunya yang sakit.

“Pasangan ini telah hilang punca pendapatan dan hanya bergantung kepada bantuan PERKESO suami yang tidak seberapa kerana Puan Poovanesvari perlu menjaga ibu dan suami yang sakit.

“Saya telah mencadangkan kepada Puan Poovanesvari untuk berniaga secara kecil-kecilan menjual sarapan pagi di Taman Rahang ini.

“Saya akan membantu beliau mencari tempat yang sesuai untuk berniaga, selain bantuan kewangan sebagai modal awal untuk berniaga,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button