BeritaMenarik

Veerapan pelawa Jerman melabur di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Jerman dipelawa melabur di Negeri Sembilan supaya ia dapat meningkatkan sektor ekonomi seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jerman ke Malaysia, TYT Dr.Peter Blomeyer di Wisma Negeri.

“Saya telah menerangkan berkenaan langkah Kerajaan Negeri Sembilan dalam isu perubahan iklim, pekerja asing (CLQ) serta sektor yang terlibat.

“Saya juga berkongsi mengenai langkah Kerajaan Malaysia khususnya dalam menghadapi perubahan iklim dunia serta peranan negara-negara dunia.

“Usahasama yang erat antara kedua-dua negara pasti akan memberi pulangan yang bernilai di samping meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim,” kata Veerapan.

Menurut Veerapan, pertumbuhan sektor industri dan perladangan menyebabkan Kerajaan Negeri Sembilan menitikberatkan berkenaan pendidikan TVET untuk melahirkan perkerja mahir.

“Dr.Peter juga memaklumkan bahawa Kerajaan Jerman berminat dengan pelaksanaan pendidikan TVET di Malaysia dalam melahirkan pekerja berkemahiran tinggi atau ‘highly skilled workers’.

“Lawatan YAB Perdana Menteri ke Jerman baru-baru ini membuahkan hasil di mana pertemuan dengan usahawan tempatan berjaya menarik minat mereka untuk melabur di Malaysia,” jelas Veerapan yang juga ADUN Repah.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Ybhg Tuan Hamzah Mohamad.

Show More

Related Articles

Back to top button