BeritaMenarik

Negeri Sembilan sambut baik kerjasama dua hala bersama Jerman

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menyambut baik kerjasama dua hala dengan Kerajaan Jerman khususnya dalam sektor perindustrian dan pendidikan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jerman ke Malaysia, TYT Dr Peter Blomeyer.

“Kami bertukar pandangan mengenai kerjasama dua hala antara Jerman dan Negeri Sembilan dalam pelbagai bidang yang boleh dijalankan di negeri ini terutamanya sektor perindustrian dan pendidikan.

“Saya juga menyatakan bahawa komitmen Kerajaan Negeri untuk menyediakan prasarana dan kemudahan bagi pelabur-pelabur dari Jerman yang ingin melabur di Negeri Sembilan.

“Terima kasih kepada kerajaan Jerman kerana menjadikan Malaysia sebagai rakan dagang yang akrab selepas lawatan rasmi YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Jerman baru-baru ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, Dr.Peter menunjukkan minat terhadap adat perpatih di Negeri Sembilan.

“Ini juga merupakan satu peluang yang baik untuk kita memperkenalkan Adat Perpatih di persada dunia,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button