BeritaMenarik

NSFC dan KYNS jalin kerjasama bina kerjaya pemain bola sepak

SEREMBAN: Negeri Sembilan Football Club (NSFC) dan Kolej Yayasan Negeri Sembilan menjalin kerjasama dengan memberi peluang kepada pasukan belia bawah 18 tahun Negeri Sembilan memperolehi pendidikan dalam aliran TVET di samping menjalani latihan bol sepak mewakili Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, melalui kerjasama ini pemain Piala Belia Negeri Sembilan FC bakal menjalani pembelajaran Sijil Kemahiran Malaysia (Automotif/Elektrik) Tahap 2 sehingga awal tahun hadapan.

“Usahasama yang pertama kali diadakan ini memberi peluang kepada pemain muda untuk meneruskan pelajaran sambil berkhidmat bersama pasukan.

“Ini memberi nilai tambah dalam perjalanan kerjaya mereka,” katanya.

Aminuddin berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kolej Yayasan Negeri Sembilan dengan Negeri Sembilan Football Club, dan juga Majlis Peluncuran Pusat Latihan Kepimpinan Dan Keusahawanan Kolej Yayasan Negeri Sembilan (LETraCe KYNS) di Klana Resort.

Menurut Aminuddin, buat julung kalinya Negeri Sembilan Football Club (NSFC) yang telah membuat pemilihan pemain bawah 18 tahun dengan membentuk 2 pasukan bola sepak iaitu pasukan Negeri Sembilan bawah 18 dan pasukan pelapis bawah 18 di bawah Kolej Yayasan Negeri Sembilan FC.

“Inisiatif ini adalah dibawah program Pendidikan TVET Sukan Madani Negeri Sembilan dalam sukan Bola Sepak.

“KYNS telah menubuhkan Pusat Latihan Kepimpinan dan Keusahawanan Kolej Yayasan Negeri Sembilan (PLKK) atau LETraCe KYNS (Leadership And Entrepreneurship Training Centre) yang mana KYNS menjadi Penyedia Latihan dalam bidang Kepimpinan dan Keusahawanan kepada wargakerja agensi kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) dan pertubuhan-pertubuhan belia dari seluruh Negeri Sembilan dan amnya di Malaysia,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button