Berita

Anwar teroka peluang pelaburan dengan IBM, Mitusbishi, ENEOS dan DENSO

JEPUN: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam rangka lawatan rasmi ke Jepun telah mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun dan antarabangsa iaitu IBM Corporation, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy Inc., DENSO Corporation dan Marubeni Corporation.

Anwar berkata, syarikat-syarikat ini merupakan antara peneraju dunia dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi perkomputeran termaju, automotif berteknologi tinggi, tenaga, infrastruktur serta pembangunan tenaga boleh baharu.

Perbincangan tertumpu kepada potensi kerjasama dan peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik seperti tenaga, industri halal, AI, pusat data, teknologi digital dan industri masa hadapan.

“Tatkala dunia berdepan krisis bekalan dan tenaga global, kerjasama ini penting untuk memperkukuh daya tahan ekonomi serta keterjaminan bekalan negara.

“Fokus kita adalah untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti, memperkasa ekosistem berteknologi tinggi negara, mewujudkan peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat serta memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Jepun yang telah terjalin sejak sekian lama.

“Saya percaya keyakinan yang ditunjukkan syarikat-syarikat terkemuka Jepun terhadap Malaysia mencerminkan kedudukan negara kita yang semakin diyakini sebagai destinasi pelaburan strategik di rantau ini, khususnya dalam sektor yang bakal memacu pertumbuhan ekonomi masa depan,” jelas Anwar.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan enam syarikat utama Jepun dan antarabangsa iaitu IBM Corporation, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy Inc., DENSO Corporation dan Marubeni Corporation semasa lawatan kerja rasmi di Jepun. 9 Jun 2026. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.
NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This handout videos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illu

 

Show More

Related Articles

Back to top button