Berita
Surau Taman Bourgainvilla terima RM1,000 daripada Rafie
AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mohamad Rafie Ab Malek telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 kepada Surau Taman Bourgainvillea.
Mohamad Rafie berkata, RM700 bagi kegunaan surau dan RM300 bagi urusan moreh sepanjang Ramadhan.
“Saya juga turut memberikan lima kit pengurusan jenazah kepada surau tersebut.
“Dalam masa sama, saya telah memberikan sehelai sejadah kepada semua jemaah yang hadir sebagai cenderahati,” kata Mohamad Rafie.