Berita

Syarikat GLC Negeri Sembilan serah dividen bernilai RM4 juta

SEREMBAN: Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Kerajaan Negeri telah menyampaikan dividen sebanyak RM4 juta kepada Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pertama kali dalam sejarah semua syarikat (GLC) menyampaikan dividen kepada Kerajaan Negeri.

“Ini merupakan pencapaian yang sangat membanggakan.

“Perkara ini juga menjadi indikator bahawa GLC ini mempunyai kewangan yang kukuh sehingga mempu memberi dividen yang lumayan kepada Kerajaan Negeri.

“Mewakili seluruh rakyat Negeri Sembilan, syabas kepada semua GLC ini.

“Semoga syarikat tersebut terus maju dan berkembang terutamanya melalui urus tadbir yang baik, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Syarikat yang menyerahkan dividen adalah seperti berikut:

i. Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) – RM2 juta

ii. Negeri Roadstone Sdn Bhd – RM1 juta

iii. Perbadanan Negeri Sembilan – RM750,000.00

iv. Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan – RM250,000.00

Show More

Related Articles

Back to top button