BeritaProgram

TABAH anjur Pertandingan e-Sport FIFA 23

SEREMBAN: Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH), bakal menganjurkan Pertandingan FIFA 23 sempena Kejohanan Bola Sepak Piala Menteri Besar pada 8 Januari (Ahad) ini.

Exco Belia dan Sukan, YB Dato’ Taufek Abdul Ghani berkata, TABAH dan Persatuan e-Sport Negeri Sembilan turut mengadakan aktiviti seperti e-Sport Exhibition dan e-Sport Medica.

“Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh layari laman media sosial Facebook Persatuan e-Sport Negeri Sembilan untuk maklumat lanjut.

“Ikon Pengaruh (influencer) Tiktok terkenal Dak Ayam dan juga Babah Naden akan hadir bagi memeriahkan program ini.

“Jangan lepaskan peluang ini, hadirkan diri anda ke Stadium Tuanku Abdul Rahman pada Ahad ini bermula jam 2:00 petang.

“Jumpa anda di sana,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button