Berita

‘Tablet’ percuma mula diagihkan kepada pelajar dari keluarga kurang kemampuan

4,470 unit 'tablet' akan diagihkan di 36 DUN seluruh Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengumumkan inisiatif khas sumbangan ‘tablet’ (peranti pintar) percuma kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan pada 03 Februari lepas.

Justeru, bermula hari ini, ‘tablet’ percuma ini akan diedarkan kepada pelajar yang layak dan terpilih secara berperingkat-peringkat melalui ADUN dan Pegawai Penyelaras DUN di 36 DUN di seluruh Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pada perancangan awal sebanyak 3,200 unit ‘tablet’ diperuntukkan untuk diagihkan kepada pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

“Namun, apabila melihat situasi semasa, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bersetuju untuk menyumbang 4,470 unit ‘tablet’ (tambahan 1,720 unit ‘tablet’) kepada pelajar yang benar-benar memerlukan di seluruh Negeri Sembilan.

“Setiap DUN akan menerima 120 unit ‘tablet’ bagi pelajar di kawasan masing-masing.

“Baki unit 100 ‘tablet’ akan diserahkan kepada Maahad Ahmadi Gemencheh dan 50 unit ‘tablet’ lagi akan diserahkan melalui Exco Pendidikan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata, ‘Tablet’ Samsung Galaxy Tab A ini diharapkan dapat membantu keperluan para pelajar terutamanya di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi.

“Sebanyak 2,400 unit ‘tablet’ telah diserahkan kepada 20 orang ADUN petang kelmarin, manakala baki 1,920 unit ‘tablet’ lagi akan diserahkan kepada semua Penyelaras DUN dalam tempoh terdekat kerana pembekalan dibuat secara dua fasa oleh pihak pembekal.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button