Berita
Tabung Haji serah zakat RM4.25 juta kepada MAINS
SEREMBAN: Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM4,253,493 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah berkenan menerima cek zakat tersebut daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Dato’ Sri Amrin Awaluddin.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, zakat yang dikeluarkan ini sudah pasti akan diuruskan sebaiknya oleh MAINS untuk memberi manfaat kepada asnaf di seluruh Negeri Sembilan.
Foto: Nabil Syafiq