Berita
Tabung Prihatin Palestin Kerajaan Negeri Sembilan kumpul RM940 ribu
SEREMBAN: Kutipan Tabung Prihatin Palestin Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya mengumpul sebanyak RM940,000 (setakat 12:00 tengah hari).
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kutipan sumbangan tersebut akan diteruskan sehingga mencapai sasaran RM1 juta.
“Terima kasih kepada para penyumbang yang telah membantu.
“Sumbangan ini juga bagi menyatakan solidariti kita terhadap saudara kita di Palestin.
“Terima kasih juga diucapkan kepada syarikat NESQ yang turut menyumbangkan RM10,000 kepada tabung ini,” kata Aminuddin.