Berita
Taklimat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah
GEMAS: Pejabat Penyelaras DUN Gemas dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan sesi taklimat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah.
Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman berkata, banyak ilmu yang bermanfaat telah dikongsi kepada peserta taklimat ini.
“Sesi soal jawab juga banyak berkisar kepada perkara yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
“Seramai 25 peserta hadir dari pelbagai peringkat umur dan rata-ratanya adalah suri rumahtangga,” Siti Aishah.
Terima kasih kepada Pegawai Eksekutif Kanan Perkeso, Encik Mohd Iqbal Mohamed dan Pegawai Penyimpan Akaun, Encik Muhamd Aswadi Mustafa yang memberi taklimat.