Berita
Tanah runtuh di Jalan Kampung Talang Ulu akan diambil tindakan segera
SERI MENANTI: Tindakan segera akan diambil bagi membaiki runtuhan tanah di Jalan Kampung Talang Ulu.
Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat berkata, runtuhan itu berlaku akibat hujan yang lebat.
“Terdapat beberapa pokok yang tumbang di jalan ini tetapi di lokasi yang berbeza.
“Saya telah melihat keadaan kawasan tersebut dan telah melaporkan kepada pihak yang berkaitan bagi tindakan segera,” ujar Shahran.