Berita
Taufek santuni masyarakat Tiong Hua Taman Marida 2 dan Taman Seri Pagi
PAROI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani telah menyantuni masyarakat Tiong Hua di sekitar Taman Marida 2 dan Taman Seri Pagi.
Mohamad Taufek berkata, aktiviti tersebut dilakukan bagi memberikan sumbangan angpau, hamper serta limau mandarin.
“Di samping itu, saya dapat bertanya khabar dan mengeratkan silaturahim bersama mereka.
“Selamat menyambut Tahun Baru Cina saya ucapkan kepada semua rakyat Negeri Sembilan khususnya masyarakat Cina.
“Semoga perpaduan yang terjalin antara masyarakat walaupun berlainan agama dan bangsa ini dapat diteruskan,” kata Mohamad Taufek.