Berita

Tebing runtuh di Kampung Buyau akan dibaiki segera

SERI MENANTI: Sebahagian tebing tanah yang runtuh di Kampung Buyau di sini akan dibaiki segera,” kata Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat.

“Saya telah meninjau keadaan tebing runtuh di Kampung Buyau.

“Keadaan tebing yang runtuh ini amat membimbangkan penduduk yang lalu di situ.

“Saya akan memanjangkan permasalahan ini kepada pihak yang berkaitan untuk kerja-kerja pembaikan segera,” katanya.

Shahran berkata, beliau juga turut menyumbang bantuan kewangan kepada penduduk kampung yang terjejas banjir.

Show More

Related Articles

Back to top button