BAHAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, YB Teo Kok Seong telah menyantuni penduduk Kampung Bukit Perah.
Teo berkata, kebanyakkan penduduk di sini masih terkesan akibat ribut yang melanda tempoh hari.
“Oleh itu, saya telah memberikan bantuan barangan dapur bagi meringankan beban mereka.
“Saya turut melihat beberapa kerja membaiki bumbung rumah.
“Saya akan sentiasa berusaha membantu rakyat di DUN Bahau,” kata Teo.