Berita

Teo seru muat turun aplikasi N9.Digital

SEREMBAN: Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru, YB Teo Kok Seong menyeru rakyat Negeri Sembilan muat turun aplikasi N9.Digital.

Teo berkata, aplikasi tersebut dapat memberi kemudahan kepada mereka yang ingin memohon bantuan.

“Jika sebelum ini mereka yang ingin memohon bantuan perlu mendapatkan cop daripada Ketua Kampung, Penyelaras DUN dan wakil rakyat.

“Kini mereka boleh memohon bantuan melalui aplikasi tersebut tanpa perlu bersua muka.

“Bayaran pula akan diuruskan secara online sahaja,” kata Teo yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau.

Show More

Related Articles

Back to top button