Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

26 pelajar kurang kemampuan SMK Pasir Panjang terima bantuan RM13,000 dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi bantuan kewangan berjumlah RM13,000 kepada 26 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang.

Rusli berkata, setiap pelajar dari keluarga kurang kemampuan ini akan menerima biasiswa RM500 seorang.

“Bantuan kewangan ini merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah Biasiswa Anak Negeri Sembilan.

“Saya berharap agar bantuan biasiswa ini akan digunakan sebaik mungkin oleh para pelajar.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang meneruskan insentif ini pada setiap tahun,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button