BeritaProgram

Negeri Sembilan tidak bubar DUN jika PRU-15 tahun ini 

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan bubar DUN sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU-15) diadakan pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau berpandangan PRU-15 sewajarnya diadakan selepas mandat lima tahun berakhir pada Mei 2023.

“Rakyat sedang menderita. Rakyat memerlukan perhatian daripada kerajaan.

“Kerajaan seharusnya membantu rakyat dan bukan fokus pada pilihan raya dalam situasi ini.

“Justeru itu, saya akan mencadangkan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan agar Negeri Sembilan tidak bubar DUN sehingga habis mandat pada Mei 2023.

“Namun, terpulang kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk membuat keputusan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Bandaraya Seremban hari ini.

Semalam Setiausaha Agung PAS, Dato’ Seri Takiyuddin Hassan berkata, Kerajaan Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak akan bubar DUN sebelum Mac tahun depan.

Show More

Related Articles

Back to top button