Berita

Bakri galak masyarakat bercucuk tanam

KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir menggalakkan agar masyarakat bercucuk tanam sayuran hijau.

Bakri berkata, aktiviti bercucuk tanam ini sangat berfaedah serta dapat menjaga kesihatan mental.

“Selain itu, aktiviti bercucuk tanam ini juga memerlukan penglibatan masyarakat secara langsung dan dapat mengeratkan silaturahim sesama mereka.

“Sebagai Exco Industri Asas Tani, saya berbesar hati untuk memberi ‘jalan’ kepada penduduk di sini mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Pertanian Daerah supaya tanaman mereka sentiasa membuahkan hasil,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button