BeritaMenarik

Caj online RM1 perkhidmatan bas ekspress Seremban – Kuala Lumpur dimansuhkan hari ini

SEREMBAN: Caj online RM1 untuk perkhidmatan bas ekspress Seremban – Kuala Lumpur akan dimansuhkan bermula hari ini.

“Manakala caj fasiliti sedang dipertimbangkan untuk pengurangan atau pengecualian sehingga fasiliti siap sepenuhnya,” kata Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, YB J.Arul Kumar.

Arul Kumar berkata, beliau mendapat aduan daripada pengguna berkaitan kenaikan tambang bas Seremban – Kuala Lumpur apabila bayaran tambahan caj Online RM1 dan Caj Fasiliti RM 0.70 sen dikenakan bermula 1 November lalu selepas pelaksanaan Sistem Jualan Tiket Bas Secara Berpusat atau Centralised Ticketing System (CTS).

“Ramai penduduk di Seremban masih menggunakan bas ekspress Seremban – Kuala Lumpur untuk setiap hari berulang-alik ke tempat kerja dan pengenaan caj ini untuk laluan yang digunakan setiap hari akan membebankan mereka.

“Majlis Bandaraya Seremban juga telah melantik satu syarikat untuk kerja-kerja menaiktaraf Terminal 1 Seremban dengan penyediaan beberapa kemudahan yang sama taraf dengan terminal di beberapa negeri lain.

“Semalam saya bersama Setiausaha Politik Menteri Pengangkutan dan Pengarah Bahagian Pengangkutan Awam dan Perdagangan, Encik Zaid Sabit telah mengadakan lawatan mengejut (spot check) dan telah berjumpa dengan operator dan pengusaha bas di Terminal Bas Seremban,” kata Arul Kumar yang juga ADUN Nilai. 

Show More

Related Articles

Back to top button