BeritaProgram

RM12 juta peruntukan awal bantu mangsa banjir Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan peruntukan awal berjumlah RM12 juta bagi menangani kesan banjir yang melanda negeri baru-baru ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, keadaan banjir yang melanda beberapa daerah di Negeri Sembilan merupakan ujian getir yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk meringankan beban tanggungan rakyat.

“Kerajaan Negeri faham bahawa bencana seperti ini memerlukan tindakan pantas terutamanya dari segi dana bagi membantu rakyat yang terkesan akibat banjir ini.

“Insyah Allah, Kerajaan Negeri Sembilan akan terus berusaha menangani kesan banjir ini terutamanya dalam jangka masa panjang,” kata beliau.

Peruntukan bantuan kewangan banjir oleh Kerajaan Negeri Sembilan adalah seperti berikut:

1. Bantuan tunai RM1,000 untuk setiap keluarga terjejas banjir – RM5 juta

2. Peruntukan kerja-kerja darurat baik pulih jalan dan jambatan rosak – RM5 juta

3. Peruntukan untuk baik pulih rumah dan infrastruktur – RM1 juta

4. Lain-lain bantuan asas – RM700,000

5. Kerja-kerja pembersihan di empat daerah – RM300,000

 

Kredit Infografik: Facebook Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri, Negeri Sembilan

Show More

Related Articles

Back to top button