Berita
Tiang lampu tumbang, tindakan segera akan diambil: GUNASEKAREN
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren prihatin dengan keselamatan pihak awam berikutan sebuah tiang lampu jalan yang tumbang menghempap sebuah gerai makanan di Taman Seremban Jaya.
“Selain itu saya juga mendapati ada gerai penjaja yang terbiar dan hampir reput yang mengundang bahaya kepada kanak-kanak dan orang ramai.
“Besi penghadang jalan yang rosak dan berkarat turut mendapat perhatian begitu juga dengan sebatang pokok yang terlalu tinggi yang perlu dipangkas.
“Aduan permasalahan ini telah disalurkan kepada Majlis Bandaraya Seremban untuk tindakan susulan,” kata Gunasekaren.