Berita
Tiga pelajar DUN Bahau terima komputer riba dari Teo
BAHAU: Tiga pelajar di DUN Bahau telah menerima bantuan komputer riba daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) YB Teo Kok Seong.
Teo berkata, bantuan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan.
“Hal ini bagi membantu memudahkan proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan terutamanya golongan B40.
“Saya berharap agar mereka menggunakan sebaiknya dan berjaya mencapai kejayaan yang dimahukan,” kata Teo.
Bantuan tersebut diberikan kepada ibu bapa pelajar tersebut di Pusat Khidmat Rakyat DUN Bahau.