Berita
Tiga pelajar IPT terima komputer riba dari Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Tiga orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) telah menerima sumbangan komputer riba daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.
Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut bagi membantu meringankan keluarga mereka.
“Sumbangan ini merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan untuk membantu anak kelahiran negeri ini meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.
“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang prihatin dengan kebajikan rakyat negeri ini,” kata Gunasekaren.