Aktiviti

Tiga pesakit kronik terima sumbangan kewangan dari Aishah

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah menyantuni tiga pesakit kronik di Felda Jelai 4.

Aishah berkata, sumbangan berbentuk kewangan telah diberikan.

“Selain itu, sumbangan pek makanan daripada Petronas juga turut diberikan.

“Diharapkan sumbangan ini dapat mengurangkan beban mereka,” kata Siti Aishah.

Sementara itu Siti Aishah juga menziarahi seorang penduduk Kampung Pasir yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini.

“Saya telah menyerahkan sumbangan kewangan bagi meringankan beban beliau,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button