Berita
Tiga sekolah terima sumbangan kewangan daripada Aminuddin
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyerahkan sejumlah sumbangan kewangan kepada tiga buah sekolah dari Daerah Seremban dan Port Dickson.
“Sumbangan ini adalah bagi membantu pihak sekolah melaksanakan program-program pembangunan pelajar.
“Semoga sumbangan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pihak sekolah, Insya Allah,” kata Aminuddin.
Sekolah yang menerima sumbangan tersebut ialah:
i. Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah, Seremban.
ii. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana, Port Dickson
iii. Sekolah Menengah Agama Telok Kemang, Port Dickson.