BeritaProgram

Tuanku Muhriz rakam penghargaan kepada Kerajaan Negeri tangani Covid-19 dan banjir

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan dan swasta, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta individu yang telah memberikan pelbagai bantuan untuk meringankan beban mangsa Covid-19 dan banjir.

“Pelbagai tindakan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Beta di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun, untuk memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi agenda utama kerajaan.

“Penularan wabak Covid-19 dan bencana banjir telah mengakibatkan ramai yang kerugian harta benda dan hilang punca pendapatan, malah terdapat sebahagian daripada rakyat telah meninggal dunia.

“Beta mengucapkan takziah kepada rakyat yang kehilangan ahli keluarga dan berdoa semoga mereka diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan sokongan semua pihak.

“Usaha dan komitmen bagi menghadapi situasi ketika ini hendaklah dipergiatkan bagi mencapai matlamat pembangunan ekonomi negeri yang seimbang untuk semua lapisan masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada hari ini.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button