Berita

Tuanku Muhriz rasmi Menara MAINS

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Menara Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) pada Selasa.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Menara MAINS telah dibina dengan kos RM72 juta dan 90 peratus ruang pejabatnya telah disewa.

“Di Menara MAINS ini, masyarakat boleh berurusan dengan pelbagai agensi dan ini menjadikan Menara MAINS sebagai ‘one stop centre’ dalam mendapatkan pelbagai perkhidmatan.

“DYMM Tuanku selaku Ketua Agama Islam di negeri ini, amat mengambil berat segala keperluan rakyat dalam urusan keagamaan.

“Atas dasar itulah, semua institusi Islam seperti MAINS dan entiti dibawahnya seperti Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Sembilan serta entiti Islam yang lain perlu memainkan peranan secara kolektif dan pro-aktif agar dapat menzahirkan keindahan syiar Islam di Negeri yang kita kasihi ini,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button