Berita

Pasar Baharu Ampangan dijangka siap Julai 2023

AMPANGAN: Projek pembinaan Pasar Baharu Ampangan sedang berjalan lancar dan dijangka siap menjelang Julai 2023.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek berkata, apabila projek ini siap nanti, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk Ampangan khasnya dan penduduk Seremban umumnya.

“Bangunan ini akan dilengkapkan dengan sebuah dewan berhawa dingin di tingkat atas, dua aras parkir di tingkat satu dan dua.

“Pasar yang luas dan selesa di tingkat bawah bakal menjadi salah satu mercu tanda di Bandaraya Seremban,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button