Berita

20 keluarga dikuarantin terima bantuan makanan dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Rusli Abdullah telah menghantar bakul makanan kepada 20 keluarga yang dikuarantin akibat Covid-19.

“Sepanjang minggu ini sahaja, sebanyak 20 keluarga telah dikuarantin di Kampung Sungai Raya, Kampung Sawah Sunggala, Kampung Telok Pelandok dan Kampung Segenting.

“Bimbang akan peningkatan kes Covid-19 yang semakin menular, saya menggesa kepada penduduk setempat agar sentiasa patuhi SOP bagi mengelakkan dari penularan wabak ini.

“Semoga dengan sumbangan yang diberikan ini, dapat meringankan beban keluarga tersebut semasa menjalani kuarantin kendiri di rumah,” ujar Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button