BeritaProgram

TUANKU MUHRIZ: RM520 juta disediakan bagi pengukuhan ekonomi rakyat

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, sebanyak RM520 juta telah disediakan oleh Kerajaan Negeri merangkumi RM130 juta untuk perbelanjaan pembangunan dengan tema ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’.

“Pelbagai inisiatif dan insentif diperuntukkan di bawah bidang tumpuan utama antaranya ekonomi rakyat, pendidikan, kebajikan, pemerkasaan komuniti belia dan wanita, kerohanian dan agama, institusi adat dan pentadbiran.

“Beta juga komited untuk meneruskan agenda pembangunan bagi merapatkan jurang pembangunan antara wilayah di negeri ini agar terus kekal kompetitif dalam semua sektor pertumbuhan ekonomi, sama ada perindustrian, pertanian, pelancongan atau perkhidmatan.

“Oleh itu, Beta berharap agar segala inisiatif dan insentif ini segera dilaksanakan untuk manfaat rakyat negeri ini,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button