Berita

TUNS dan TUNS PLUS menyumbang kepada pembangunan ekonomi Negeri Sembilan

Hasrat Kerajaan Negeri Sembilan melalui inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS), TUNS PLUS dan TUNS EXTRA adalah untuk menjadikan sektor keusahawanan sebagai salah satu sektor ekonomi utama yang memacu landskap pembangunan negeri.

Selain menjadikan sektor ini sebagai salah satu pilihan pekerjaan, pemerkasaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) adalah sangat penting kerana berdasarkan kepada laporan Tinjauan PMKS 2021 yang dibuat oleh SME Corp Malaysia menunjukkan PMKS menyumbang sebanyak 38.1 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Dari segi nilai, KDNK PMKS pada tahun 2021 bernilai RM518.1 bilion berbanding RM458.7 bilion yang dijana pada tahun 2016.

Manakala bagi prestasi guna tenaga pada tahun 2021 pula mencatatkan PMKS menyumbang hampir separuh daripada keseluruhan jumlah guna tenaga di Malaysia.

PMKS memainkan peranan penting dalam membasmi kemiskinan di samping meningkatkan taraf hidup rakyat.

Bagi tahun 2021, PMKS menggaji seramai 7.32 juta pekerja berbanding 7.25 juta pekerja yang diambil bekerja pada tahun 2020.

Justeru diharapkan dengan melahirkan lebih banyak PMKS melalui inisiatif-inisiatif pemerkasaan sektor keusahawanan ini secara langsung akan memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan rakyat.

 

Show More

Related Articles

Back to top button