Berita

Gunasekaren agih limau mandarin sempena Tahun Baru Cina

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren dan Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin telah mengagihkan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada warga DUN Seremban Jaya di Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.

“Seramai 135 keluarga telah menerima sumbangan ini.

“Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua masyarakat Cina di DUN Seremban Jaya,” katanya.

Turut hadir, Senator YB Dato’ AK Kesavadass; Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali, Naib Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Saudari Nancy Gunasekaren dan Pegawai Khas DUN Seremban Jaya, Encik P.Minnal.

Show More

Related Articles

Back to top button