Berita

Wanita KeADILan Jempol santuni masyarakat Tionghua sempena sambutan Kuih Bulan

JEMPOL: Sempena sambutan perayaan Kuih Bulan, Wanita KeADILan Jempol telah menyantuni masyarakat Tionghua di Felda Palong 2 dan Pekan Rompin.

Ketua Wanita KeADILan Jempol, Puan Nor Shahida Ayub berkata, beliau bersama ahli jawatankuasanya telah mengagihkan kuih bulan kepada masyarakat Tionghua di Felda Palong 2 dan Pekan Rompin.

“Walaupun hujan renyai-renyai, kami tetap meneruskan program menyantuni masyarakat Tionghua seperti yang dirancang.

“Kehadiran Wanita KeADILan Cabang Jempol menggembirakan hati mereka dan kami menerima respon yang sangat positif,” ujar Nor Shahida.

Show More

Related Articles

Back to top button