Menarik

Warga emas pesakit kencing manis disantuni Ismail

LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah memberikan sumbangan tongkat kaki empat kepada seorang warga emas yang mengidapi sakit kencing manis dan darah tinggi di Kampung Batu 10, Labu.

Ismail berkata, sumbangan tersebut bagi memudahkan beliau untuk melakukan aktiviti harian.

“Dalam pada itu, saya juga turut memberikan sumbangan pek makanan kepada lima buah keluarga kurang berkemampuan di sini.

“Semoga dengan bantuan yang diberikan dapat meringankan beban penerima serta ahli keluarga mereka,” kata Ismail.

Turut hadir, Pengerusi MPKK Batu 10, Encik Hamerudin Ghani dan Pengerusi MPKK Kampung Kubang, Encik Ismail Mohd Aneepa.

Show More

Related Articles

Back to top button