Berita
Bakri sumbang dua buah basikal kepada SK Undang Jelebu
KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah memberikan sumbangan dua buah basikal kepada Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu.
Bakri berkata, sumbangan ini bagi menyokong Program Galakan Kehadiran Penuh yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
“Program ini bertujuan menggalakkan para pelajar hadir sepenuhnya sepanjang sesi persekolahan.
“Saya akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada sekolah di dalam DUN Klawang agar berdaya maju bagi menghasilkan pelajar yang berdisiplin dan cemerlang,” kata Bakri.