Berita

Kompleks Komuniti Ampangan dalam fasa akhir pembinaan

AMPANGAN: Kompleks Komuniti Ampangan kini berada dalam fasa terakhir pembinaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, kompleks tiga tingkat tersebut bakal menggantikan Balai Penghulu Ampangan yang uzur.

“Kompleks ini bakal memberi manfaat dan pelbagai kemudahan disediakan untuk masyarakat Ampangan seperti kelas tuisyen dan tempat mesyuarat yang lebih luas.

“Dalam tempoh lima tahun, kawasan Ampangan telah mengorak langkah ke depan dengan pelbagai kemajuan yang dibawa untuk masyarakat setempat.

“Selain Kompleks Komuniti Ampangan, Pasar Baru Ampangan setinggi empat tingkat juga dalam fasa akhir untuk disiapkan.

“Dataran Ampangan dan juga Jejantas telah dibangunkan untuk menambahkan keceriaan kawasan ini.

“Manakala, Benteng Ampangan juga telah dinaiktaraf bagi keselesaan pengunjung,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button